Followers

Tuesday 1 November 2011

Perisian Adobe Lightroom

Salam Perpaduan kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini untuk mendapatkan serba sedikit ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan kita bersama. Jika entri sebelum ini telah saya menerangkan sedikit sebanyak berkaitan Cara-Cara Install Persian Adobe Photoshop untuk entri pada kali ini saya akan memperkenalkan satu lagi persian yang juga boleh dianggap salah satu persian penting untuk mengedit gambar anda ini kerana melalui perisian ini anda dapat mengedit ton-ton warna dan mencantikkan lagi sesuatu gambar yang anda mahukan.

Lightroom 3 merupakan satu Photo Editing Software yang tengah sangat popular sekarang ini. Hal ini kerana jika hendak diikutkan ramai jurugambar yang menggunakan perisian ini termasuklah saya sendiri. Jika sebelum ini saya memang selalu menggunakan perisian Photoshop tetapi apabila saya mula mencuba perisian Lightroom ini ia sangat memudahkan saya melakukan kerja-kerja mengedit gambar tanpa perlu melakukan banyak kerja.  

Oleh sebab itu saya ingin berkongsikan sedikit maklumat ini kepada anda semua. Baiklah tanpa perlu membuang masa sebelum saya menerangkan dengan lebih mendalam lagi tentang persisian ini saya akan memberikan satu laman web untuk anda semua memuat turun perisian ini khusunya bagi mereka yang tidak mempunyai perisian tersebut. 

Untuk anda semua memuat turun perisian ini boleh melihat seperti di bawah ini akan tetapi saya tidak memberikan cara-cara untuk memuat turun yang khusus pada entri ini kerana saya pasti anda semua sudah mahir setelah berjaya memuat turun perisian Adobe Photoshop pada entri saya yang lepas.


Langkah pertama, anda semua perlu Download Adobe Photoshop terlebih dahulu di sini ->> Perisian Adobe Lightroom


Seterusnya setelah anda selesai memuat turun perisian tersebut dan install ke komputer anda. Saya juga telah menyediakan Serial Number untuk perisian tersebut agar ianya menjadi kekal buat selama-lamanya di komputer anda.


Selesai anda melakukan seperti di atas anda hanya perlu memasukan nombor ini ke perisian tersebut dan anda boleh menggunakannya.

SERIAL NUMBER : 1160-4554-5814-6475-0154-2149
Baiklah setelah selesai semuanya saya akan menerangkan pula fungsi-fungsi berkaitan dengan
perisian ini kerana jika anda tidak pernah menggunakkannya ia akan membuatkan anda sedikit sukar untuk menggunakannya. Oleh itu, anda semua boleh melihat maklumat yang telah saya sediakan untuk anda semua seperti di bawah ini :
lightroom3 TUTORIAL | PENGENALAN ADOBE LIGHTROOM 3
Ini adalah paparan antara muka buat pertama kalinya anda membuka perisian tersebut
Saya terangkan mengikut langkah demi langkah bagi memudahkan anda semua memahami fungsi-fungsi perisian tersebut ini kerana ia merupakan fungsi yang sangat penting jika tidak anda tidak boleh mengedit gambar-gambar anda nanti.

Berikut merupakan fungsi-fungsi asas bagi perisan Lightroom dan huraiannya yang telah saya sediakan untuk anda semua :

1. Library
- Merupakan tab di mana anda mahu import dan export gambar-gambar anda.

2. Develop
- Tab ini adalah yang terpenting di mana tempat anda meluahkan kreativiti anda  iaitu tab ini adalah tempat anda mengedit gambar.

3. Navigator
- Fungsi ini adalah untuk anda melihat gambar yang anda pilih mengikut ratio yang anda mahukan.

4. Library Filter
- Disini sini anda boleh melihat gambar anda dengan jelas dan anda boleh besarkan gambar mengikut anda mahu.


5. Import Export
- Disini pula tempat anda boleh import dan export gambar dan pastikan anda set tempat anda hendak export sebab kalau tidak ia akan mebuat anda sukar untuk mencari gambar yang sudah di edit.

6. Catalog
- Fungsi ini anda boleh digunakan untuk membuat catalog gambar



Diharapkan dengan maklumat-maklumat ini anda semua dapat menggunakan persian tersebut dengan jayanya dan nantikan entri-entri yang terbaru daripada saya.

1 comment:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...