Followers

Tuesday 1 November 2011

Cara-Cara Install Persian Adobe Photoshop


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada anda semua yang melawat blog ini. Setelah sekian lama mengimpikan sebuah blog berkaitan tentang dunia Photografi, Edit Gambar dan info-info berkaitan dengan model-model kamera akhirnya terlaksana juga sebuah blog ini khususnya untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka semua yang baru hendak mula berjinak-jinak dalam dunia ini.


Walaupun sudah terlalu banyak blogger-blogger yang membuat blog tentang ini tetapi blog kepunyaan saya ini terdapat sedikit kelainan dimana ianya mempunyai unsur-unsur pendidikan kepada semua masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun di universiti.


Diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan sedikit ilmu yang berguna buat anda semua walaupun tidak sebanyak mana tetapi anda semua dapat manfaat untuk digunakan dalam kehidupan seharian anda.


Baiklah sebelum kita berceloteh dengan lebih mendalam lagi untuk entri pada pertama kalinya buat blog ini saya akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan perisian yang sering digunakan oleh para pengedit gambar. Ianya merupakan perisian yang paling popular kerana boleh di katakan hampir semua orang di dunia ini menggunakan perisian tersebut.

Perisian yang di maksudkan adalah Perisian Adobe Photoshop. Oleh itu, saya ingin berkongsikan sedikit maklumat berkaitan perisian ini iaitu bagaimana cara untuk memuat turun dan cara memasangnya (download dan install) ke dalam komputer anda semua sebagai bantuan untuk anda melakukannya sendiri nanti khusus buat mereka yang tidak mengetahui cara untuk melakukannya.


Seterusnya, anda semua boleh melihat langkah-langkah yang perlu dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


"Download dan Install Portable Adobe Photoshop"




1. Anda semua perlu Download Adobe Photoshop terlebih dahulu di sini ->>Adobe Photoshop Percuma

2. Klik Download Button seperti di bawah :

 

3. Selepas sudah Klik Download Button itu anda bolehlah masukkan Verification Code seperti di bawah, dan tekan download :

 

4. Jika anda telah melakukannya akan keluar Pop-Up Box seperti di bawah ini: 
 
 

*Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk download kerana ia bergantung kepada tahap kelajuan internet anda. Diharapkan anda dapat bersabar menantinya selesai.


5. Selepas sudah selesai download itu, anda perlu Extract File tesebut dahulu. Bagi mereka yan tidak mengetahui cara untuk extract anda tidak perlu risau kerana saya ada memberikan panduannya seperti dibawah ini :


  • Apabila sudah habis download, akan keluar satu pop-up box mengatakan "Download Finished" bukan.
  • Selepas itu anda perlu Tekan Right Click dekat File Download itu tadi.
  • Seterusnya  Click Open Containing Folder.
  • Apabila sudah Open anda perlu Tekan Right Click pada folder itu dan anda Tekan Extract File.
  • Selepas itu File sudah berjaya di Extract.
6. Selepas anda sudah berjaya Extract, anda perlu buka folder tersebut dan Tekan Dua Kali pada Ikon Adobe Photoshop yang berwarna biru. Anda boleh  melihat contoh di bawah ini :


 

7. Selepas itu akan keluar paparan  License Agreement di komputer anda dan anda perlu Tekan Accept seperti gambar di bawah ini :
 

8. Kemudian anda perlu menunggu beberapa saat untuk perisian itu di proses.

 

9. Seterusnya, sebaik sahaja ianya sudah habis diproses maka akan keluar  satu paparan seperti di bawah ini yang bermakna anda semua sudah boleh menggunakan perisian tersebut. 

 

Jadi bagaimana anda semua berjaya melakukannya jika berjaya Syabas dan Tahniah diucapkan kepada anda semua. Diharapkan anda semua akan menantikan entri-entri yang baru kelak nanti. Sekian sahaja ilmu yang ingin di kongsikan pada entri kali ini.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...